fbpx

Kawal selia vape untuk pengguna

Dalam Belanjawan 2023, Menteri Kewangan Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan duti eksais bagi produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin untuk rokok elektronik dan vape.

Ini bermaksud kerajaan akan mengawal selia rokok elektronik dan vape bagi memastikan penjualan tersebut sah mengikut sisi undang-undang.

Perbincangan untuk kawal selia rokok elektronik dan vape di Malaysia sudah menjangkau hampir 10 tahun sejak produk itu mula mendapat sambutan dalam kalangan pengguna sekitar 2014.

Menurut laporan awal Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) pasaran vape meningkat sebanyak 9.6 peratus pada 2022, iaitu daripada RM2.49 bilion berbanding RM2.27 bilion pada 2019.

Berdasarkan laporan itu DPVM menganggarkan jumlah bilangan pengguna produk tersebut meningkat daripada 1.4 juta kepada 1.5 juta orang.

Perkembangan pasaran itu amat memerlukan undang-undang yang komprehensif bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin, dan industri dikawal selia dengan baik.

 

Léigh an téacs iomlán anseo

Comhroinn

Cláraigh lenár Nuachtlitir

Tábla Eile

Social Media Feed B'fhéidir?

Acht anois!

Is féidir le galtán 200 milliún duine a shábháil. Is í 2022 an bhliain chun an deis seo a fhíorú. Ardaigh do ghuth. Bígí inár bhfeachtas. 

Bígí Linn

Is féidir le galúchán 200 milliún duine a shábháil agus tá ról lárnach ag blasanna maidir le cabhrú le daoine a chaitheann tobac éirí as. Mar sin féin, tá lucht déanta beartas ag iarraidh blasanna a theorannú nó a thoirmeasc, ag déanamh ár n-iarrachta deireadh a chur le básanna a bhaineann le caitheamh tobac i gcontúirt.

Fág Freagra

Ní fhoilseofar do sheoladh ríomhphoist. Tá na réimsí riachtanacha marcáilte *

gaGA